Menu Close

TIPS MEMILIH PENAPIS AIR TERBAIK 2023

Penapis air kini sudahpun jadi satu keperluan. Bukan sekadar demi kesihatan, malah dapat menjimatkan masa dan tenaga. Dengan peningkatan kos sara hidup zaman sekarang, penggunaan penapis air juga terbukti dapat mengurangkan kos perbelanjaan seharian.

Bukan itu sahaja, dengan perubahan teknologi yang maju, penapis air kini sudah pun mempunyai teknologi air panas dan air sejuk. Dengan  hanya menggunakan hujung jari. Air yang dikehendaki terus dapat diminum tanpa perlu menunggu.

Terdapat pelbagai jenis jenama mesin penapis air panas dan sejuk yang berada di pasaran. Kita sebagai seorang pengguna perlu melihat beberapa elemen untuk dipertimbangkan sebelum membuat pembelian.

Dalam artikel di bawah, saya akan kongsikan beberapa panduan ataupun tips untuk anda lihat sebelum membuat pembelian penapis air panas dan sejuk bagi kegunaan Tuan/Puan di rumah.

1. HALAL

Kebanyakan penapis air menggunakan tulang haiwan supaya dapat dijual dengan harga lebih murah berbanding jenama terkenal yang menggunakan bahan semula jadi. Jika anda ingin membeli penapis air, buatlah rujukan terlebih dahulu bagi memastikan barangan yang dibeli itu daripada sumber yang halal.

Klik sini -> https://www.halal.gov.my/v4/

2. TEKNOLOGI PENAPISAN AIR

Teknologi dalam sistem penapisan amat penting kerana ia akan membezakan tahap kualiti air bersih yang dihasilkan kepada kita.

Penapis air lama yang menggunakan teknologi penapisan asas iaitu sediment filter sahaja tidak mampu menghapuskan bakteria dan virus yang terdapat di dalam air. Jadi air yang dibekalkan masih belum dijamin bersih untuk diminum. Senang untuk faham, semakin halus tapisan semakin bersih air.

3. SAIZ TANGKI

Saiz tangki juga memainkan peranan yang penting kerana saiz tangki yang terlampau kecil tidak dapat menampung jumlah yang ramai. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar, sudah tentu kapasiti air yang diperlukan juga banyak.

Selain itu, saiz tangki yang kecil mungkin akan memberikan masalah kepada anda jika terdapat catuan bekalan air di tempat anda. Pastikan anda meneliti terlebih dahulu berapakah saiz tangki air pada model penapis air tersebut untuk setiap suhu yang ada.

4. PENGGUNAAN ELEKTRIK

Untuk memanaskan dan menyejukkan air pasti menggunakan elektrik. Jadi pilih model yang menggunaan elektrik yang rendah dan mempunyai eco ataupun power saving mode.

Atau lebih mudah cari penapis air yang mempunyai certificate cekap elektrik dari Suruhanjaya Tenaga (Malaysia) ataupun Energy Star (Global).

Untuk penggunaan elektrik penapis air Coway boleh <klik sini>.

5. DIIKTIRAF & DIPERAKUI OLEH BADAN PROFESSIONAL

Pastikan penapis air yang ingin dibeli mempunyai pengiktirafan daripada badan-badan tertentu seperti WQA, NSF, SIRIM dan sebagainya.

Penapis air yang mendapat pengiktirafan ini pasti telah melalui ujian tertentu seperti “stress test”, “safety test”, dan sebagainya. Jadi, kita sebagai pengguna akan jadi lebih yakin dan selamat untuk digunakan.

Semak terlebih dahulu sama ada jenama tersebut diperakui atau tidak supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

6. KHIDMAT LEPAS JUALAN

Perkhidmatan lepas jualan ini bermaksud perkhidmatan servis secara berkala, filter mudah didapati ataupun tidak, jaminan kerosakan dan caj yang dikenakan. Ia penting untuk kita ketahui supaya penapis air kita dapat digunakan buat masa yang lama dan tidak membebankan kita dikemudian hari.

Dan kini kebanyakan jenama penapis air sudah pun mempunyai jaminan masing-masing. Jadi pilihlah servis yang paling kerap dengan jaminan yang tiada caj tersembunyi.

7. KONTRAK JUALAN

Pastikan anda mengetahui syarat-syarat kontrak jualan yang ditetapkan oleh syarikat sama ada anda beli secara outright (bayaran penuh) ataupun sewa beli (bayaran bulanan) bukan hanya memilih produk yang paling murah sahaja.

Anda juga sebagai pelanggan perlu memahami segala isi kandungan yang terdapat di dalam kontrak jualan tersebut. Ia dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham dan tidak memudaratkan anda pada masa akan datang.

8. ULASAN PENGGUNA

Jika kita ingin membeli produk daripada sesuatu jenama, sudah tentu kita akan melihat ulasan pengguna untuk menyakinkan lagi kita dengan jenama tersebut.

Jika ulasan daripada penggunanya baik, anda boleh teruskan membeli. Jika ulasan yang diberikan tidak baik anda boleh membatalkan hasrat untuk membeli daripada jenama tersebut.

Penapis air Coway menerima maklum balas positif daripada pengguna nya bukan sahaja dari segi kualiti produk yang ditawarkan tetapi juga perkhidmatan yang diberikan selepas jualan. Coway juga diiktiraf sebagai Platinum Award oleh Reader Digest Trusted Brand Award.

Kesimpulannya, sebagai seorang pengguna anda perlu bijak untuk memilih jenama penapis air. Pastikan anda membeli dengan jenama yang tepat supaya tidak menjadi mangsa penipuan daripada mana-mana syarikat.

Teliti secara betul setiap pakej yang ditawarkan kepada anda. Bak kata pepatah “Alah membeli, menang memakai”.

Semoga artikel kali ini membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan LIMITED GIFT Coway bernilai RM100. Daftar Sekarang!