Coway adalah syarikat penapis air dan penapis udara terbesar di Malaysia. Sebut saja penapis air, sudah pasti ramai teringatkan Coway.
Oleh sebab namanya yang dikenali ramai, maka timbullah beberapa jenis scammer yang kerjanya menipu pelanggan yang inginkan penapis air dan penapis udara coway dengan harga yang paling rendah.
Berikut adalah beberapa contoh tawaran (offer) yang sering dikenakan kepada pelanggan baru Coway.
- Pasang dulu bayar kemudian.
- FREE pakai 6 bulan.
- FREE laptop / hadiah tak masuk akal.
- Cabutan bertuah pakej percutian.
- Trade in sebelum tamat tempoh kontrak dan baki bayaran ditanggung sepenuhnya.
- Derma / Waqaf dari seseorang. Tapi menggunakan IC dan Kad bank Tuan/Puan.
- Pakej sewaan tanpa kontrak.
Tuan/Puan, Coway adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan berbayar. Jika terdapat sebarang offer yang tak masuk akal tu tolonglah berhati-hati.
Untuk tips pemilihan ejen yang sah, Tuan/Puan boleh klik disini ( Cara Memilih Ejen Coway Yang Sah ) atau boleh klik link ke wasap Hariz untuk pembelian mana-mana produk Coway.