Menu Close

KEMPEN WAQAF PENAPIS AIR DAN UDARA COWAY

Maksud Wakaf berasal dari Bahasa Arab (waqf) yang membawa maksud berhenti, menahan atau menegah.
 
Namun dari segi syarak ianya bermaksud penyerahan harta atau hak milik tanpa ada susut fizikal untuk pengguna dari pertama kali ianya diwakafkan sehingga akhir dengan niat semata-mata kerana Allah S.W.T.
 
Harta yang diwakafkan TIDAK BOLEH diambil kembali atau dimiliki oleh individu lain.
 
Harta yang digunakan untuk wakaf merupakan satu kebajikan yang menjanjikan pahala berterusan.
 
Pahala waqaf juga sentiasa ada selagi mana ianya memberikan  manfaat kepada manusia yang lain walaupun setelah pemberi wakaf meninggal dunia.
 
Terdapat 2 Jenis Wakaf:
  1. Wakaf Ahli (keluarga) – Dikhususkan manfaat untuk ahli keluarga yang ditentukan oleh pewakaf.
  2. Wakaf Khairi (kebajikan) – Di bawah wakaf ini terdapat dua cabang iaitu am dan khas.
Am – Tujuan untuk manfaatnya kepada umum mengikut hukum syarak. Berbentuk seperti kemudahan fasiliti atau apa-apa untuk membangunkan ekonomi Islam melalui aktiviti yang dijalankan berteraskan hukum syarak.
 
Khas – Diwujudkan untuk manfaat tertentu umat Islam mengikut hukum syarak seperti tanah untuk masjid, surau, sekolah agama atau perkuburan Islam atau lain-lain yang dikhususkan pewakaf.
 
Ramai antara kita yang sudah mula menyedari tentang kelebihan berwakaf dan sudah bermula dengan cara menyediakan mesin penapis air di tempat-tempat awam yang memerlukan, antaranya sekolah, surau/masjid, dewan orang ramai, pejabat dan sebagainya.

Pemilihan produk waqaf yang disyorkan adalah mengikut kegunaan. Contoh gambar diatas adalah waqaf penapis air bagi kegunaan ramai. Jadi pemilihan tangki yang besar menjadi keutamaan.

Ada juga yang waqaf model yang lain contohnya Villaem 2. Model ni adalah model table top. Sesuai untuk kegunaan ramai tetapi diletakkan diatas table top. Model ini mempunyai tangki sebesar 11.3 liter air dan mempunyai booster pump bagi mempercepatkan pengisian tangki air bersih. Tiada masalah bagi kegunaan ramai.

Bagi yang ingin mewaqafkan penapis udara ke masjid / taska / tadika / tabika / pasti, Tuan Puan boleh lihat 2 model yang saya rekemenkan ini.

Yang pertama adalah model Tuba. Model ini boleh cover ruangan yang luas dan selalu digunakan di airport, tadika, pejabat dan rumah ibadat.

Manakala bagi ruangan kecil ke sederhana besar seperti bilik, ruang menunggu, ruang solat pejabat dan seangkatan dengannya, kalian boleh memilih model Lombok 3 ini. 

Kriteria pemilihan (Umum)

Disini saya kongsikan kriteria pemilihan bagi memudahkan Tuan/Puan untuk membuat survey dan pembelian.

  1. Boleh menampung kegunaan ramai.
  2. Jimat elektrik.
  3. Ada penyelenggaraan berkala.
  4. Jaminan waranti penuh / tiada caj tersembunyi.
  5. Mampu milik

Untuk pertanyaan dan tempahan

Jika Tuan/Puan sudah membuat keputusan dan ingin memasang penapis coway, Tuan/Puan boleh hubungi saya Hariz di talian 017-7299276 atau klik link dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan LIMITED GIFT Coway bernilai RM100. Daftar Sekarang!