Baru-baru ni Hariz di tanya oleh seorang pelanggan sekiranya dia meninggal dunia atau mati, apa yang akan terjadi pada penapis Coway yang dilanggan secara sewa beli dan adakah bayaran bulanan masih berjalan ?
Situasi pertama – Tiada waris
Jika mesin penapis Coway yang didaftarkan pada nama si mati tu belum habis kontrak dan dia tiada pewaris.
Wakil hanya perlu buat pembatalan nama sahaja. Ianya 100% PERCUMA. Hanya pergi kemana-mana sales office Coway berdekatan dan bawa sijil mati owner.
Nanti Coway akan hantar wakil untuk buat product collection.
Situasi kedua – Waris nak sambung bayar
Jika mesin penapis Coway yang didaftarkan pada nama si mati tu belum habis atau belum tamat kontrak dan waris sanggup sambung bayar.
Waris perlu ikut langkah mudah seperti dibawah.
1. Sediakan dokumen (sijil mati) si mati daripada JPN dan Hospital. Waris juga perlu sediakan salinan IC dan Kad Bank bahagian depan sahaja untuk penukaran nama.
2. Maklumkan pada pihak Coway. Pergi ke kaunter Coway berdekatan atau maklumkan pada Coway Lady (Cody) dengan dokumen yang lengkap.
3. Coway akan buat pertukaran nama dan verify kad bank waris (owner baru).
Situasi ketiga – Waris tidak mahu sambung bayar
Jika mesin penapis Coway yang didaftarkan pada nama si mati tu belum habis atau belum tamat kontrak dan waris tidak mampu untuk sambung bayar atau sudah memiliki penapis coway.
Waris hanya perlu ikut langkah mudah seperti dibawah.
1. Sediakan dokumen si mati daripada JPN dan Hospital.
2. Maklumkan pada pihak Coway. Pergi ke kaunter Coway berdekatan atau maklumkan pada Coway Lady (Cody) dengan dokumen yang lengkap.
3. Coway akan buat pembatalan kontrak dan mengambil kembali mesin penapis Coway. Jika ada tunggakan waris perlulah buat bayaran tunggakan sahaja. Tiada penalti dikenakan.
Jadi tak perlulah risau kalau tiba-tiba kita mati, siapa nak sambung bayar Coway ataupun adakah hutang kita akan dituntut di akhirat nanti.
Situasi keempat – Dah habis bayar
Jika mesin penapis Coway yang didaftarkan pada nama si mati tu dah habis bayar.
Waris hanya perlu buat pertukaran nama sahaja. Hanya pergi kemana-mana sales office Coway berdekatan dan bawa sijil mati owner.
Nanti Coway akan buat pertukaran nama ke owner baru secara PERCUMA.
Jadi tak perlulah risau kalau tiba-tiba kita mati, siapa nak sambung bayar Coway ataupun adakah hutang kita akan dituntut di akhirat nanti. Sekian…