Entri kali ni Hariz nak kongsikan tentang pembayaran tunggakan Coway. Yelah, dengan cabaran ekonomi sekarang pasti ada yang terkesan dan terpaksa mengutamakan bayaran yang lebih penting.
Maklumat yang Tuan/Puan perlukan adalah CIMB Dedicated Akaun (VA CIMB) atau no akaun JomPAY Coway. Untuk mendapatkannya. Tuan Puan boleh rujuk 5 cara yang Hariz kongsikan dibawah.
Semoga perkongsian Hariz memberi manfaat pada Tuan/Puan.
1. Coway Careline
Seperti yang Tuan/Puan tahu. Ini adalah talian hayat rasmi Coway. Tuan/Puan boleh bercakap dengan eksekutif khidmat pelanggan Coway dan bertanyakan prosedur lengkap pembayaran produk Tuan/Puan.
Coway Careline: 1800-888-111
2. Portal Layan Diri Coway (Website)
Klik link https://selfcare.coway.com.my/. Pastikan no telefon yang Tuan/Puan pakai sama dengan no telefon yang telah didaftarkan dengan Coway.
3. Dengan Ejen Coway
Pastikan dia adalah ejen Coway yang Tuan/Puan buat pembelian.
4. Dengan Cody Coway (Tukang Servis)
Pastikan cody tersebut adalah cody yang ditugaskan untuk membuat penyeliaan produk Tuan/Puan sahaja. Bukan cody jiran sebelah.
5. Sales Office Coway Berdekatan
Untuk lokasi sales office Coway yang berdekatan, Tuan/Puan boleh klik sini.