Menu Close

CARA BAYARAN PRODUK COWAY

Coway menyediakan beberapa cara bayaran bagi memudahkan pelanggan Coway membuat bayaran. Berikut adalah cara-cara bayaran yang disediakan.

1. Bayaran Secara Autodebit

Autodebit adalah cara bayaran utama Coway. Bank akan buat deduction secara automatik melalui kad bank (debit / credit card) yang didaftarkan Tuan/Puan setiap bulan mengikut pakej langganan.

Jika Tuan/Puan buat pertukaran kad baharu, telefon sahaja Coway Careline dan buat pendafataran kad bank baharu dengan Coway bagi menggantikan kad bank yang lama.

2. Bayaran Kepada Cody (Tukang Servis)

Bagi yang mengalami masalah autodebit boleh juga membuat bayaran kepada cody. Pastikan Tuan/Puan menerima resit bagi setiap bayaran secara manual ini.

3. Online Transfer (Virtual Account CIMB Click)

Untuk pembayaran menggunakan CIMB Click, Tuan Puan boleh menggunakan Virtual account yang telah disediakan oleh CIMB bank (panel bank Coway) bagi memudahkan pelanggan Coway membuat bayaran secara atas talian.

Cara bayaran ini juga tidak terpakai bagi permohonan baru. Hanya untuk bayaran bil semasa dan juga tunggakan sahaja.

Bagi pelanggan Coway yang tiada akaun CIMB boleh pilih cara bayaran seterusnya.

4. Online Transfer JomPAY

Coway juga menyediakan cara bayaran menggunakan JomPAY bagi pelanggan yang tiada akaun CIMB. JomPAY Coway terpakai untuk semua bank tempatan. Anda hanya perlukan 3 detail ringkas bagi membuat bayaran iaitu Biller Code, Ref-1 & Ref-2. Cara bayaran ini juga tidak terpakai bagi permohonan baru. Hanya untuk bayaran bil semasa dan juga tunggakan sahaja.

Biller Code

Biller Code Coway ialah 9928. FYI, Biller code ini sama untuk semua pelanggan coway tau!

Ref-1

Okay, untuk Ref-1 ni a​da 2 cara mudah untuk Tuan/Puan dapatkan;

  1. Dari ejen Coway Tuan/Puan berurusan waktu pembelian ataupun;
  2. Call Coway Careline di 1-800-888-111.

“Jangan hubungi saya untuk no Ref-1 jika Tuan/Puan bukanlah customer saya kerana segala urusan tertakluk kepada AKTA PDPA 2010”

Ref-2

Untuk Ref-2 ni adalah ‘optional‘. Bagi company, Tuan/Puan boleh letakkan invoice number. Tapi bagi individual customer, Hariz suggestkan Tuan/Puan isikan No Telefon Tuan/Puan sebagai rujukan.

Cara Bayaran Menggunakan JomPAY

Langkah Pertama:

Setelah log in ke akaun anda, Pilih option ‘Pay’ yang didapati di bahagian menu sebelah kiri. Kemudian, di bahagian ‘Pay To‘, pilih “JomPAY‘.

Langkah Kedua:

Kemudian masukkan ‘Biller Code‘ Coway iaitu 9928.

Langkah Ketiga:

Lepas masukkan ‘Biller Code’ Coway tadi, tekan butang ‘Enter’ dan akan keluar paparan di bawah.

Masukkan Ref-1, Ref-2 yang Tuan/Puan dah dapatkan awal-awal tadi dan jumlah bayaran yang Tuan/Puan nak bayar.

Kemudian klik di ‘Terms and Conditions‘ di bawah belah kiri paparan tu, kemudian tekan PAY.

Langkah Keempat:

Hariz syorkan Tuan/Puan menyimpan resit ataupun slip pembayaran untuk segala pembayaran secara manual  (kepada Cody) ataupun JomPay.

Selalunya pihak finance Coway akan mengambil masa untuk kemaskini (update) bayaran Tuan/Puan.

  • Pembayaran manual kepada ejen dan cody : 1 hari bekerja dari tarikh submission (manual update)
  • Pembayaran Online transfer CIMB ke CIMB : 1 hari bekerja (auto update)
  • Pembayaran melalui JomPAY: 3 hari bekerja (auto update)

Jika Tuan/Puan semak pembayaran dan masih belum update, sila hubungi Coway Careline untuk sebarang bantuan semakan.

Sekian...

4 Comments

  1. Wane

    Selalunya coway akan tarik duit berapa kali dalam sebulan ya. Sebab mmg tiap2 25hari bulan auto dia tarik. Tpi bru2 ni dia tarik awal pulak. Adakah nanti 25hb dia akan tarik pulak??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan LIMITED GIFT Coway bernilai RM100. Daftar Sekarang!