Coway menyediakan pelbagai cara bayaran bagi memudahkan pelanggan Coway membuat bayaran. Berikut adalah cara-cara bayaran yang disediakan.
Autodebit
Autodebit adalah cara bayaran utama Coway. Bank akan buat deduction secara automatik melalui kad bank (debit / credit card) yang didaftarkan Tuan/Puan setiap bulan mengikut pakej langganan.
Virtual Account
Virtual account ni disediakan oleh CIMB bank (panel bank Coway) bagi memudahkan pelanggan Coway membuat bayaran secara manual. Tetapi bayaran ini hanya terpakai bagi bayaran dari CIMB ke CIMB sahaja. Bagi pelanggan Coway yang tiada akaun CIMB boleh pilih cara bayaran seterusnya. Cara bayaran ini juga tidak terpakai bagi permohonan baru. Hanya untuk bayaran bil semasa dan juga tunggakan sahaja.
JomPAY
Coway juga menyediakan cara bayaran menggunakan JomPAY bagi pelanggan yang tiada akaun CIMB. JomPAY Coway terpakai untuk semua bank tempatan. Anda hanya perlukan 3 detail ringkas bagi membuat bayaran iaitu Biller Code, Ref-1 & Ref-2. Cara bayaran ini juga tidak terpakai bagi permohonan baru. Hanya untuk bayaran bil semasa dan juga tunggakan sahaja.
Biller Code
Biller Code Coway ialah 9928. FYI, Biller code ini sama untuk semua pelanggan coway tau!
Ref-1
Okay, untuk Ref-1 ni a
- Dari ejen Coway Tuan/Puan berurusan waktu pembelian ataupun;
- Call Coway Careline di 1-800-888-111.
“Jangan hubungi saya untuk no Ref-1 jika Tuan/Puan bukanlah customer saya kerana segala urusan tertakluk kepada AKTA PDPA 2010”
Ref-2
Untuk Ref-2 ni adalah ‘optional‘. Bagi company, Tuan/Puan boleh letakkan invoice number. Tapi bagi individual customer, Hariz suggestkan Tuan/Puan isikan No Telefon Tuan/Puan sebagai rujukan.
Cara Bayaran Menggunakan JomPAY
Langkah Pertama:
Setelah log in ke akaun anda, Pilih option ‘Pay’ yang didapati di bahagian menu sebelah kiri. Kemudian, di bahagian ‘Pay To‘, pilih “JomPAY‘.
Langkah Kedua:
Kemudian masukkan ‘Biller Code‘ Coway iaitu 9928.
Langkah Ketiga:
Lepas masukkan ‘Biller Code’ Coway tadi, tekan butang ‘Enter’ dan akan keluar paparan di bawah.
Masukkan Ref-1, Ref-2 yang Tuan/Puan dah dapatkan awal-awal tadi dan jumlah bayaran yang Tuan/Puan nak bayar.
Kemudian klik di ‘Terms and Conditions‘ di bawah belah kiri paparan tu, kemudian tekan PAY.
Langkah Keempat:
Hariz syorkan Tuan/Puan menyimpan resit ataupun slip pembayaran untuk segala pembayaran secara manual (kepada Cody) ataupun JomPay.
Selalunya pihak finance Coway akan mengambil masa untuk kemaskini (update) bayaran Tuan/Puan.
- Pembayaran manual kepada ejen dan cody : 1 hari bekerja dari tarikh submission (manual update)
- Pembayaran Online transfer CIMB ke CIMB : 1 hari bekerja (auto update)
- Pembayaran melalui JomPAY: 3 hari bekerja (auto update)
Jika Tuan/Puan semak pembayaran dan masih belum update, sila hubungi Coway Careline untuk sebarang bantuan semakan.